PERKONGSIAN

1. ADAKAH ANDA PERLU PASANG CCTV?

Tujuan utama pemasangan sistem CCTV adalah bagi mengurang, mengelak dan mencegah kejadian jenayah. 4 prinsip utama fungsi sistem CCTV adalah untuk Mengecam, Memantau, Mengenalpasti dan Mengesan.

Penggunaan CCTV telah membawa kepada kemajuan sistem keselamatan dimana ia adalah untuk merakam bukti segala jenayah yang hendak dibawa ke mahkamah keadilan.

Pada hari ini, CCTV bukan lagi merupakan gajet keselamatan yang ekslusif, tetapi merupakan satu keperluan untuk semua keluarga, premis perniagaan, pejabat dan kawasan awam. Ditambah pula kini terdapat ancaman-ancaman oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kes jenayah pembantu rumah, perusuh, Pecah rumah, dan sebagainya, maka kepentingan CCTV adalah ditahap yang amat tinggi. 


TIPS PENCEGAHAN JENAYAH
 
Bila kes pecah rumah sering berlaku?
  • Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
  • Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
  • Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

  • Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
  • Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu,bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
  • Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada dirumah.
  • Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar)apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  • Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
  • Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
  • Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
  • Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam
  • (guna timer, alat kawalan waktu).
  • Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
  • Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
  • Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
  • Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
  • Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
  • Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  • Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.
  • Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
  • Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
  • Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.



Adakah anda sudah telah mengambil langkah yang sepatutnya?

Hubungi kami sekarang!

013 466 1601 (EN. Mohd Noor) ATAU 012 246 8513 (EN. Saiful) ATAU 013 461 9924 (EN. Akmal)
ATAU EMAILKAN SEBARANG PERTANYAAN KE:
safaz.engineering.solution@gmail.com

No comments:

Post a Comment