EVIEW TECHNOLOGY ENGINEERING SDN BHD dengan
nombor pendaftarannya (1128696-A) adalah sebuah syarikat kontaktor dan
kejuruteraan elektrikal yang telah diperbadankan di Malaysia sejak 23 Januari
2015. Ia merupakan sebuah syarikat Bumiputera sepenuhnya dan syarikat ini yang
dahulunya hanya perniagaan kecil kini telah berkembang maju menjadi sebuah
syarikat sendirian berhad.
Eview Technology Engineering Sdn Bhd adalah
salah sebuah syarikat yang ditubuhkan bertujuan untuk memajukan lagi industri
kontraktor negara disamping menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Ia melibatkan kerja-kerja perkhidmatan civil, elektrikal dan kejuruteraan. Perkhidmatan civil yang
dijalankan adalah seperti pengubahsuaian rumah dan pejabat, perkhidmatan
mengecat dan landskap. Eview Technology Engineering Sdn Bhd juga
memberi fokus dalam
bidang pemasangan sistem
keselamatan dan
pemantau keselamatan samada untuk
domestik, komersial dan industri. Selain itu,
perkhidmatan EVT Engineering SB merangkumi sistem
akses berpagar, system pemadam kebakaran, kursus dan latihan
pemasangan kamera
litar tertutup (CCTV), pagar
automatik, kad
akses dan lain-lain lagi.
EVT Engineering SB menampilkan dua orang
pengarah syarikat iaitu Muhammad Noor Salam Bin Zaidan dan Munzir Bin Ismail
Niza yang berkaliber dan penuh wawasan sebagai tunggak utama dalam
pembangunan ekonomi syarikat yang dibantu oleh staf pentadbiran dan staf
teknikal. Adalah menjadi kepercayaan dan
tanggungjawab
EVT Engineering SB dalam memastikan setiap
kebajikan kakitangan terjamin kerana mereka merupakan aset
penting dalam syarikat.
Justeru
itu, kami berusaha untuk memajukan syarikat dengan meningkatkan
pengetahuan dan
kemahiran
demi kepuasan
pengguna terhadap
perkhidmatan terbaik
yang kami
berikan. Dengan perusahaan professional dan matlamat untuk
memperbaiki perkhidmatan yang ditawarkan, syarikat ini telah mendapat banyak
projek di dalam Malaysia dan kini terdapat beberapa orang pekerja termasuklah
pengarah, pentadbiran dan juruteknik.
No comments:
Post a Comment